Kalendar Aktiviti World Ocean Week 2015 (WOW 2015)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Aktiviti | Pelaksana | Tarikh | Tempat | |
1 | Program Kesedaran Marin
Highlight: meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai pentingnya memulihara ekosistem lautan dan haiwan marin terancam. |
SEATRU (Sea Turtle Research Unit) UMT
Pegawai bertugas : Dr. Juanita Joseph Ketua Stesyen Penyelidikan Chagar Hutang SEATRU, UMT |
4-7 Jun 2015
18-21 Jun 2015 |
Laguna Redang, Pulau Redang, Terengganu |
2 | Program Discover UMT bersama Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar DiRaja Muar Johor Darul Takzim
Highlight : -memupuk kesedaran marin di kalangan guru-guru sekolah ini. Peserta 40 orang guru. |
Makmal Berpusat
Pegawai bertugas : En. Ahmad Azhar Bin Che Ali |
5 – 7 Jun 2015 | Kampus UMT dan Pulau Bidong |
3 | Beach Clean Up
-jemput pelajar sekolah di sekitar UMT dan KualaTerengganu Highlight : Aktiviti Bersih Pantai di pantai UMT & Tok Jembal |
Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran
Pegawai bertugas : En. Mohd Fadhli bin Mamat |
9 Jun 2015 (Selasa) | Pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu |
4 | Pelancaran WOW 2015
di Peringkat UMT, Highlight : – Pameran Pelayaran Selat Melaka |
Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)
Pegawai bertugas: YM Sayed Mohd Tamimuddin Penolong Pendaftar Kanan |
10 Jun 2015 (Rabu) | RIyaz Heritage Pulau Duyong, kuala Terengganu |
5 | Ritma terumbu Karang Selaman 24 jam
Highlight: 24 jam Selaman |
Makmal Berpusat
Pegawai bertugas : En. Ahmad Azhar Bin Che Ali |
9-11 Jun 2015 | Stesen Penyelidikan UMT dan perairan Pulau Bidong |
6 | Pameran Penyelidikan
Highlight : – Pelayaran Selat Melaka
|
Pusat Komunikasi Strategik Putrajaya
Makmal Berpusat Pegawai bertugas : Encik Muhamad Safre Bin Muhamad Sani Penolong Pendaftar |
12-14 Jun 2015 (Pameran) | Planetariun Negara Kuala Lumpur |
Seminar & Pameran Warisan Sumber Kelautan
UNESCO |
Kelab UNESCO
Pegawai Bertugas: En. Madzli harun Penasihat Kelab UNESCO UMT |
11 Jun 2015 (Rabu) | Auditorium Mahyuddin, UMT | |
8 | WOW@Masjid
Forum Tema: ‘Healthy Ocean, Healthy Planet, Healthy Iman” Ceramah oleh Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan Tajuk: “Rahmat Seluas Lautan” (Selapas solat terawih) |
Pusat Islam UMT
Pegawai bertugas : Ust. Riswadi bin Azmi Ketua Bahagian Hal Ehwal Islam & Kerohanian
|
25 Jun 2015 (Khamis)
4.30 Ptg
|
Pusat Islam UMT
|
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Universiti Malaysia Terengganu melalui Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran akan mengadakan Program Pembersihan Pantai ‘Beach Clean-Up’ bersempena dengan World Oceans Week peringkat UMT. Untuk makluman semua, World Oceans Day adalah merupakan aktiviti kesedaran mengenai laut di peringkat global. Program ini turut mendapat kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berserta keluarga untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi program berkenaan. Penyertaan terawal akan menerima goodies bag dari pihak penganjur.
Tarikh : 09 Jun 2015 (Selasa)
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : Pantai Mengabang Telipot (berhadapan dengan kedai sotong Pok Nong)
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Majlis Pelancaran World Oceans Week 2015.
Perasmian oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus (Pengerusi Lembaga Pengarah UMT)
10 Jun 2015
Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=UzfPqfVE8ys[/youtube]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
HEBAHAN WOW DI RTM DAN TV3
[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=utM6iDneohQ[/youtube]
[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=QVOLDGgc5ck[/youtube]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=84p5KSBLi4E[/youtube]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Program Kesedaran Marin 2015 anjuran SEATRU-INOS, Universiti Malaysia Terengganu
Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan beberapa Program Kesedaran Marin pada tahun 2015, yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti tempatan dan antarabangsa mengenai keperluan melindungi penyu dan memulihara ekosistem marin.
Berikut adalah Program Kesedaran Marin yang sedang dan akan dijalankan pada tahun 2015:
1. Program Sukarelawan Penyu (dijalankan semenjak Tahun 1998)
Program dijalankan dari 28 Mac – 3 Oktober 2015. Para sukarelawan (8 orang setiap minggu) akan berada di Santuari Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang (Sabtu hingga Sabtu berikutnya) untuk mempelajari mengenai pemuliharaan penyu yang dijalankan oleh UMT. Selain itu, para sukarelawan juga diperlukan untuk membantu dalam pemantauan persarangan penyu dari jam 8pm – 6am keesokan harinya. Program sukarelawan penyu ini terbuka kepada orang ramai (tempatan dan antarabangsa) dan berumur 18 tahun keatas. Bagi program ini, ia telah penuh sehingga Oktober ini. Pengangkutan feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang ditaja oleh Laguna Redang Island Resort.
2. Program Kesedaran Marin di Laguna Redang Island Resort (dijalankan semenjak Tahun 2013)
Program kesedaran marin ini dianjur bersama oleh SEATRU-INOS, UMT dengan Laguna Redang Island Resort. Program ini dijalankan 2 kali sebulan. Untuk tahun 2015, program akan dijalankan pada tarikh berikut:
Bil | Tarikh | Tema Program Kesedaran |
1 | 7 – 10 Mei 2015 | Turtle Awareness Program |
2 | 21 – 24 Mei 2015 | Turtle Awareness Program |
3 | 5 – 14 Jun 2015 | World Oceans Week: Healthy Oceans, Healthy Planet |
4 | 2 – 5 Julai 2015 | Turtle Awareness Program |
5 | 16 – 19 Julai 2015 | Will be confirmed later |
6 | 30 Julai – 2 Ogos 2015 | Will be confirmed later |
7 | 13 -16 Ogos 2015 | Will be confirmed later |
8 | 27 – 30 Ogos 2015 | Will be confirmed later |
9 | 10 -13 Sept 2015 | Will be confirmed later |
10 | 24 – 27 Sept 2015 | Will be confirmed later |
11 | 8 – 11 Oct 2015 | Will be confirmed later |
Bagi program kesedaran ini, pengangkutan feri (pergi-balik) ke Pulau Redang, makanan dan penginapan adalah ditaja oleh Laguna Redang Island Resort.
Untuk Program Kesedaran yang akan datang, SEATRU-INOS, UMT akan menganjurkan World Oceans Week (5 – 14 Jun 2015), sempena sambutan World Oceans Day yang dianjurkan diseluruh dunia pada 8 Jun 2015. Tema program World Oceans Day pada tahun ini adalah ‘Healthy Oceans, Healthy Planet!’
Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan sempena World Oceans Week di Laguna Redang Island Resort pada 5 – 14 Jun 2015:
i. Pameran Poster
ii. Painting sea Turtle Figurines
iii. The Better Bag Challenge (petition signing and pledge)
iv. Make an Ocean Promise in a selfie for the sea
v. Hatchling release (5-7 June & 11- 13 June)
vi. Meet the Turtle Scientist from UMT (11 – 13 Jun 2015) and learn more about the sea turtle research and conservation by UMT since 1993.
vii. Day visit to the Chagar Hutang turtle sanctuary
3. Lawatan ke Santuari Penyu, Chagar Hutang
Santuari Penyu Chagar Hutang juga dibuka untuk pelawat harian (day trip visit) pada Ahad – Jumaat, jam 9.00am – 12.00 tengahari. Untuk lawatan ini, perlulah menulis surat kepada Makmal Berpusat, UMT. Pihak UMT akan memberi taklimat mengenai program pemuliharaan penyu yang dijalankan di Chagar Hutang. Pengangkutan ke Chagar Hutang adalah tanggungan pelawat.
4. Kem Si Penyu untuk pelajar Darjah 5, S.K Pulau Redang (dijalankan semenjak Tahun 1996)
Setiap tahun, SEATRU-INOS, UMT akan menjalankan Kem Si Penyu iaitu program kesedaran penyu khas untuk para pelajar Darjah 5, Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Semasa program ini, pelajar akan dibawa bermalam ke Chagar Hutang. Mereka akan diajar mengenai biologi penyu dan sama-sama menyertai Program Pemuliharaan Penyu yang dijalankan oleh UMT. Para pelajar juga akan membuat aku janji supaya tidak memakan telur penyu.
Pada tahun 2015, Program ini akan dijalankan pada bulan September.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Universiti Malaysia Terengganu:
Dr. Juanita Joseph, Ketua Stesen Penyelidikan Penyu, Chagar Hutang, Pulau Redang
(Tel: 0199326052; email: juanita@umt.edu.my)
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
UMT telah menyertai Pameran WOW 2015 bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada 15 – 17 Jun 2015. Pameran ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dan antarabangsa akan kepentingan menjaga lautan dari semua pencemaran dan kepentingan laut kepada kehidupan manusia. Pengunjung utama adalah terdiri daripada pelajar sekolah dan kaum keluarga yang merupakan sasaran utama untuk memupuk kesedaran sejak dari usia muda lagi. Staf INOS yang terlibat dalam pameran ini ialah Mohd Zulkamal Radzi, Mohd Azam Mat Yaacob dan Che Mohd Kamarul Anuar bin Che Abdullah.
Antara agensi yang terlibat ialah:
1. UMT
2. NOD
3. PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN)
4. WWF-MALAYSIA
5. PUSAT SAINS NEGARA
6. THE MARECET RESEARCH ORGANISATION
7. JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=uozdzjmp2r8[/youtube]
UMT menganjurkan Program WOW@MASJID 2015 sempena World Oceans Week 2015 pada 25 Jun 2015 (Khamis) bertempat di Masjid UMT.