Persidangan Pasca Siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMTPgC) 2023

Oleh Azida Abdullah

Persidangan Pasca Siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMTPgC) 2023 telah berlangsung pada 27 November 2023 bertempat di UMTCC.

INOS buat julung kali menganjurkan persidangan pelajar pasca siwazah dengan kerjasama Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Fakulti Pengajian Maritim (FPM) dan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS).
Bertemakan ‘kelestarian lautan’, UMTPgC2023 memberi fokus kepada bidang utama Universiti Malaysia Terengganu yang melibatkan ilmu kelautan.

Pembentangan peserta yang dibahagiakan kepada 3 sub-tema utama, iaitu sains marin dan oseanografi, persekitaran marin, serta marin dan pengurusan maritim juga amat sesuai untuk dibicarakan dalam platform akademik ini yang turut melibatkan para penyelidik dan rakan industri.