Pembangunan Pelan Pengurangan Risiko Bencana Negeri Terengganu 2028-2030
Unit Disaster and Resilience, INOS dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat SUK untuk membantu di dalam Pembangunan Pelan Pengurangan Risiko Bencana Negeri Terengganu 2028-2030.
Sesi tersebut berlangsung pada 7 Oktober 2026 di Wisma Darul Iman dan dipengerusikan oleh Dato’ Jusman bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
Intipati dalam pembangunan Pelan Pengurangan Risiko Bencana ini adalah untuk memastikan kesiapsagaan pihak kerajaan dan juga komuniti setempat sentiasa lebih efektif di dalam menangani masalah geobencana.
Di kesempatan ini pihak INOS mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor UMT dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Dekan FTKK, Dekan FPM serta warga UMT yang terlibat dalam menjayakan pembangunan penyelidikan geobencana ini.
#UMT #Unit Disaster and Resilience, INOS #Geohazard #CoastalCommunity #Sustainability #NatureBasedSolutions

