Pemantauan jangka panjang menggunakan boya saintifik dan sistem ‘anti-trawl ADCP’ di perairan Laut China Selatan
Tarikh: 7 Oktober 2019
Lokasi: Sotong & Tiong platform (120 batu nautika dari Kuala Terengganu).
Kapal: RV Discovery
Kolaborasi First Institute of Oceanography (FIO), China & INOS UMT
Data cerapan dari boya saintifik & ‘anti-trawl ADCP’ yang akan diperoleh nanti akan menyokong pembinaan sistem ramalan lautan yang sedang dibangunkan. Kolaborasi FIO-INOS ini bakal menggunakan data lautan sebagai kriteria utama dalam memastikan produk yang dihasilkan adalah tepat. Sistem ramalan ini bakal membantu dalam meramal suhu, arus dan gelombang bagi memudahkan akses orang awam terutamanya pengamal industri seperti perikanan dan petroleum. Selain itu, ia membantu proses mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan seperti bot karam dan limpahan minyak.