Hear the Ocean’s Voice: Respect, Protect, Restore

WOW kembali lagi…! Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), menganjurkan program tahunan yang dinanti-nantikan, iaitu World Ocean Week 2025 (WOW 2025), sempena sambutan World Ocean Day yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun di seluruh dunia.Bertemakan

“Hear the Ocean’s Voice: Respect, Protect, Restore”, sambutan World Ocean Week 2025 (WOW 2025) menjadi manifestasi tanda sokongan UMT setiap tahun terhadap usaha kempen ‘World Oceans Day’ (WOD) UNESCO yang disambut seluruh dunia pada 8 Jun setiap tahun. Sambutan WOW berperanan untuk menyampaikan dan memberi kesedaran global ke peringkat lokal dan komuniti setempat berkaitan kepentingan menjaga kebersihan sumber laut.

INOS selaku sekretariat penganjuran sambutan WOW 2025 mengadakan Karnival WOW 2025 yang menjadi program utama dalam sambutan WOW. Karnival WOW 2025 telah diadakan pada 28 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di Kampus UMT dan kawasan sekitar kampus. Karnival WOW 2025 dilaksanakan dengan meriah dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan komuniti pelbagai peringkat, antaranya Run with Penyu 5.0, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan & Pemeriksaan Gigi, Karnival Sukan, Young Conservationist Poster Video Presentation dan Sailing Towards a Sustainable Future.

Acara Run with Penyu 5.0 telah menerima penyertaan lebih 3000 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, pelajar-pelajar IPT, ibu bapa dan komuniti sekitar yang turut memeriahkan Karnival WOW 2025. Pelbagai kuiz dan temu bual berkonsepkan kesedaran dalam menjaga lautan turut diselitkan sebagai satu platform penyampaian maklumat kepada orang ramai.

Acara Run with Penyu 5.0 telah menerima penyertaan lebih 3000 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, pelajar-pelajar IPT, ibu bapa dan komuniti sekitar yang turut memeriahkan Karnival WOW 2025. Pelbagai kuiz dan temu bual berkonsepkan kesedaran dalam menjaga lautan turut diselitkan sebagai satu platform penyampaian maklumat kepada orang ramai.

Bagi acara Beach Clean Up (BCU), aktiviti pembersihan pantai telah diadakan di Pantai Teluk Ketapang dengan penyertaan melebihi jangkaan di mana 400 orang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekitar. Sampah seberat lebih dari 300 kg yang terdiri dari plastik dan pelbagai sampah sarap telah berjaya dikutip dalam acara BCU yang diadakan. Semua peserta BCU, terutamanya pelajar-pelajar sekolah, rata-rata memberikan respons positif kepada usaha-usaha menjaga kebersihan pantai.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, UMT menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga, memelihara dan menghargai sumber laut kepada kehidupan seharian. Usaha-usaha ini secara tidak langsung mempromosikan bidang NIC UMT, iaitu ilmu kelautan dan sumber akuatik, serta meletakkan UMT sebagai universiti peneraju dalam bidang kelautan. WOW 2025 juga merupakan salah satu tanggung jawab sosial UMT untuk sama-sama meningkatkan kesadaran mencintai alam sekitar marin di kalangan komunitas setempat dalam menjaga kepentingan sumber lautan.

”Sama-sama kita dengarkan suara lautan”.

Abstract

While the sinking formation of Antarctic Bottom Water (AABW) is well understood, how this bottom water "returns home" through upwelling within ocean basins, particularly the Indo-Pacific, remains shrouded in uncertainty. In the 1960s, Munk’s classic "Abyssal Recipes" theory sought to explain these abyssal flows, yet later observations exposed two significant conflicts with real-world data. In 2016, Ferrari, McDougall, and colleagues proposed the "Towards a New Abyssal Recipe" framework, introducing bottom boundary layer (BBL) upwelling to address Munk’s inconsistencies. Drawing on recent evidence of a potential cooling trend in the deep ocean, this talk revisits these debates, offering a fresh interpretation of Munk’s discrepancies and proposing a new mechanism for abyssal upwelling in the Indo-Pacific. It contributes to the ongoing quest to unravel how bottom waters complete their global journey.

Presented by: Prof. Dr. HAN Lei
Affiliation: China-ASEAN College of Marine Science, Xiamen University, Malaysia
Address: Sepang, Selangor, Malaysia

 

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds