Bengkel Pemantapan Pengurusan Makmal INOS

Oleh Ahmad Fakhrurrazi Mokhtar

.: 05 – 06 Disember 2023 | Bengkel Pemantapan Pengurusan Makmal INOS :.

Bengkel ini berfokus pada penyempurnaan dan pemurnian peraturan serta SOP (Standard Operating Procedure) untuk meningkatkan efisiensi dan keselamatan operasi makmal. Penolong Pegawai Sains dan Pegawai Sains termasuk Kurator terlibat dalam penilaian semula peraturan sedia ada, menyelaraskan SOP dengan amalan terkini, dan memastikan kepatuhan kepada standard keselamatan. Melalui proses ini, bengkel bertujuan membangunkan peraturan dan SOP yang lebih tepat dan relevan, menjurus kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan pengurusan makmal di persekitaran universiti.

Bengkel ini turut memasukkan elemen strategik seperti penjanaan pendapatan dan pemindahan ilmu. Peserta bengkel telah didedahkan kepada kaedah penguruskan makmal yang efisien untuk meningkatkan produktiviti, menjurus kepada potensi penjanaan pendapatan melalui penyelidikan dan kolaborasi industri. Selain itu, bengkel ini juga mendorong pemindahan ilmu melalui inisiatif komuniti inovasi, memupuk persekitaran yang merangsang perkongsian pengetahuan dan pertumbuhan ekosistem inovasi di universiti.