Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menemui 30 ekor obor-obor berbisa iaitu Portuguese man of war di Pantai Pulau Kekabu, Marang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menemui 30 ekor obor-obor berbisa iaitu Portuguese man of war di Pantai Pulau Kekabu, Marang pagi ini (21 Februari 2020). Pihaknya telah menghantar spesimen ini ke Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan untuk penyimpanan dan penyelidikan selanjutnya. Hanya 4 ekor berjaya diselamatkan untuk dijadikan spesimen kerana yang lain telah rosak dan hancur. Pelbagai saiz telah direkodkan pada kali ini dengan rekod terbaru paling besar 7cm lebar, kebiasaannya 2-3cm sahaja. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Abdullah Bin Sabaruddin, wakil APM kerana telah menghantar spesimen ini.