Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) akan menyertai pameran Hari Sains Batimetri GEBCO bertempat di Ballroom 2, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada Isnin 5 Oktober 2015. Pameran ini dihoskan oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan PETRONAS.
Staf INOS yang terlibat adalah seperti berikut:
Mohd Zulkamal bin Radzi
Mohd Azam bin Mat Yaacob
Tan Hock Seng
Azri bin Muhamad
Pengunjung ‘booth’ INOS akan berpeluang melihat beberapa peralatan saintifik institut kami seperti Side Scan Sonar, Multiparameter CTD, 3D System displaying bathymetry data; penayangan video-video kerja-kerja saintifik di lautan; buku-buku terbitan INOS.
Kami berharap dapat memberi sebaran berkenaan pengetahuan kelautan dengan lebih berkesan dan memupuk minat pengunjung mengenai dunia lautan. Sesetengah orang pernah berkata, pengetahuan di dalam lautan adalah sangat sedikit dan terhad berbanding pengetahuan manusia di angkasa lepas.
Datanglah beramai-ramai berkunjung ke booth INOS pada hari tersebut.
SENARAI AGENSI/SYARIKAT SEGMEN PAMERAN BAGI HARI SAINS BATIMETRI 2015 DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE PADA 5 OKT 2015 (ISNIN)
BOOTH NO. | AGENSI/SYARIKAT |
01 | Okenos Sdn Bhd |
02 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
03 | Acburn Marine Automations Sdn Bhd |
04 | Institute of Oceanography and Environment (INOS), University of Malaysia, Terengganu (UMT) |
05 | National Oceanography Directorate (NOD), Malaysia |
06 | THS Geoscience Sdn Bhd |
07 | National Hydrographic Centre (NHC), Malaysia |
08 | Esri Malaysia (M) Sdn Bhd |
09 | University of Technology, Malaysia (UTM) |
10 | Marine Science Technology Sdn Bhd |