Kalendar Aktiviti World Ocean Week 2015 (WOW 2015)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Aktiviti Pelaksana  Tarikh  Tempat
1 Program Kesedaran Marin

Highlight:

meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai pentingnya memulihara ekosistem lautan dan haiwan marin terancam.

SEATRU (Sea Turtle Research Unit) UMT

Pegawai bertugas :

Dr. Juanita Joseph

Ketua Stesyen Penyelidikan Chagar Hutang SEATRU, UMT

4-7 Jun 2015

18-21 Jun 2015

Laguna Redang, Pulau Redang, Terengganu
2 Program Discover UMT bersama Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar DiRaja Muar Johor Darul Takzim

Highlight :

-memupuk kesedaran marin di kalangan guru-guru sekolah ini. Peserta 40 orang guru.

Makmal Berpusat

Pegawai bertugas :

En. Ahmad Azhar Bin Che Ali

5 – 7 Jun 2015 Kampus UMT dan Pulau Bidong
3  Beach Clean Up

-jemput pelajar sekolah di sekitar UMT dan KualaTerengganu

Highlight :

Aktiviti Bersih Pantai di pantai UMT & Tok Jembal

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

Pegawai bertugas :

En. Mohd Fadhli bin Mamat

9  Jun 2015 (Selasa) Pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu
4 Pelancaran WOW 2015

di Peringkat UMT,

Highlight :

– Pameran Pelayaran Selat Melaka

Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)

Pegawai bertugas:

YM Sayed Mohd Tamimuddin

Penolong Pendaftar

Kanan

10 Jun 2015 (Rabu) RIyaz Heritage Pulau Duyong, kuala Terengganu
5  Ritma terumbu Karang Selaman 24 jam

Highlight:

24 jam Selaman

Makmal Berpusat

Pegawai bertugas :

En. Ahmad Azhar Bin Che Ali

9-11 Jun 2015 Stesen Penyelidikan UMT dan perairan Pulau Bidong
6 Pameran Penyelidikan

Highlight :

– Pelayaran Selat Melaka

 

Pusat Komunikasi Strategik Putrajaya

Makmal Berpusat

Pegawai bertugas :

Encik Muhamad Safre Bin Muhamad Sani

Penolong Pendaftar

12-14 Jun 2015 (Pameran) Planetariun Negara Kuala Lumpur
Seminar & Pameran Warisan Sumber Kelautan

UNESCO

Kelab UNESCO

Pegawai Bertugas:

En. Madzli harun

Penasihat Kelab UNESCO UMT

11 Jun 2015 (Rabu) Auditorium  Mahyuddin, UMT
8 WOW@Masjid

Forum

Tema: ‘Healthy Ocean, Healthy Planet,

Healthy Iman”

Ceramah oleh Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan

Tajuk: “Rahmat Seluas Lautan”

(Selapas solat terawih)

Pusat Islam UMT

Pegawai bertugas :

Ust. Riswadi bin Azmi

Ketua Bahagian Hal Ehwal Islam & Kerohanian

 

25 Jun 2015 (Khamis)

4.30 Ptg

 

Pusat Islam UMT

 

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Beach Clean Up

Universiti Malaysia Terengganu melalui Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran akan mengadakan Program Pembersihan Pantai ‘Beach Clean-Up’ bersempena dengan World Oceans Week peringkat UMT.  Untuk makluman semua, World Oceans Day adalah merupakan aktiviti kesedaran mengenai laut di peringkat global.  Program ini turut mendapat kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT.  Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berserta keluarga untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi program berkenaan.  Penyertaan terawal akan menerima goodies bag dari pihak penganjur.

Butiran program adalah seperti berikut;
 
            Tarikh : 09 Jun 2015 (Selasa)
            Masa   : 7.30 pagi – 12.00 tengahari
            Lokasi : Pantai Mengabang Telipot (berhadapan dengan kedai sotong Pok Nong) 
[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=7KgOoQCtAMU[/youtube]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Majlis Pelancaran WOW

WOW Pelancaran2

WOW Pelancaran3

WOW Pelancaran5

WOW Pelancaran4

Majlis Pelancaran World Oceans Week 2015.
Perasmian oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus (Pengerusi Lembaga Pengarah UMT)
10 Jun 2015
Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=UzfPqfVE8ys[/youtube]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

HEBAHAN WOW DI RTM DAN TV3

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=utM6iDneohQ[/youtube]

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=QVOLDGgc5ck[/youtube]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

WOW Selaman 24jam

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=84p5KSBLi4E[/youtube]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

WOW Penyu Laguna Redang

Program Kesedaran Marin 2015 anjuran SEATRU-INOS, Universiti Malaysia Terengganu

Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan beberapa Program Kesedaran Marin pada tahun 2015, yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti tempatan dan antarabangsa mengenai keperluan melindungi penyu dan memulihara ekosistem marin.

Berikut adalah Program Kesedaran Marin yang sedang dan akan dijalankan pada tahun 2015:

1. Program Sukarelawan Penyu (dijalankan semenjak Tahun 1998)

Program dijalankan dari 28 Mac – 3 Oktober 2015. Para sukarelawan (8 orang setiap minggu) akan berada di Santuari Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang (Sabtu hingga Sabtu berikutnya) untuk mempelajari mengenai pemuliharaan penyu yang dijalankan oleh UMT. Selain itu, para sukarelawan juga diperlukan untuk membantu dalam pemantauan persarangan penyu dari jam 8pm – 6am keesokan harinya. Program sukarelawan penyu ini terbuka kepada orang ramai (tempatan dan antarabangsa) dan berumur 18 tahun keatas. Bagi program ini, ia telah penuh sehingga Oktober ini. Pengangkutan feri dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang ditaja oleh Laguna Redang Island Resort.

2. Program Kesedaran Marin di Laguna Redang Island Resort (dijalankan semenjak Tahun 2013)

Program kesedaran marin ini dianjur bersama oleh SEATRU-INOS, UMT dengan Laguna Redang Island Resort. Program ini dijalankan 2 kali sebulan. Untuk tahun 2015, program akan dijalankan pada tarikh berikut:

Bil Tarikh Tema Program Kesedaran
1 7 – 10 Mei 2015 Turtle Awareness Program
2 21 – 24 Mei 2015 Turtle Awareness Program
3 5 – 14 Jun 2015 World Oceans Week: Healthy Oceans, Healthy Planet
4 2 – 5 Julai 2015 Turtle Awareness Program
5 16 – 19 Julai 2015 Will be confirmed later
6 30 Julai – 2 Ogos 2015 Will be confirmed later
7 13 -16 Ogos 2015 Will be confirmed later
8 27 – 30 Ogos 2015 Will be confirmed later
9 10 -13 Sept 2015 Will be confirmed later
10 24 – 27 Sept 2015 Will be confirmed later
11 8 – 11 Oct 2015 Will be confirmed later

Bagi program kesedaran ini, pengangkutan feri (pergi-balik) ke Pulau Redang, makanan dan penginapan adalah ditaja oleh Laguna Redang Island Resort.

Untuk Program Kesedaran yang akan datang, SEATRU-INOS, UMT akan menganjurkan World Oceans Week (5 – 14 Jun 2015), sempena sambutan World Oceans Day yang dianjurkan diseluruh dunia pada 8 Jun 2015. Tema program World Oceans Day pada tahun ini adalah ‘Healthy Oceans, Healthy Planet!’

Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan sempena World Oceans Week di Laguna Redang Island Resort pada 5 – 14 Jun 2015:

i. Pameran Poster

ii. Painting sea Turtle Figurines

iii. The Better Bag Challenge (petition signing and pledge)

iv. Make an Ocean Promise in a selfie for the sea

v. Hatchling release (5-7 June & 11- 13 June)

vi. Meet the Turtle Scientist from UMT (11 – 13 Jun 2015) and learn more about the sea turtle research and conservation by UMT since 1993.

vii. Day visit to the Chagar Hutang turtle sanctuary

3. Lawatan ke Santuari Penyu, Chagar Hutang

Santuari Penyu Chagar Hutang juga dibuka untuk pelawat harian (day trip visit) pada Ahad – Jumaat, jam 9.00am – 12.00 tengahari. Untuk lawatan ini, perlulah menulis surat kepada Makmal Berpusat, UMT. Pihak UMT akan memberi taklimat mengenai program pemuliharaan penyu yang dijalankan di Chagar Hutang. Pengangkutan ke Chagar Hutang adalah tanggungan pelawat.

4. Kem Si Penyu untuk pelajar Darjah 5, S.K Pulau Redang (dijalankan semenjak Tahun 1996)

Setiap tahun, SEATRU-INOS, UMT akan menjalankan Kem Si Penyu iaitu program kesedaran penyu khas untuk para pelajar Darjah 5, Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Semasa program ini, pelajar akan dibawa bermalam ke Chagar Hutang. Mereka akan diajar mengenai biologi penyu dan sama-sama menyertai Program Pemuliharaan Penyu yang dijalankan oleh UMT. Para pelajar juga akan membuat aku janji supaya tidak memakan telur penyu.

Pada tahun 2015, Program ini akan dijalankan pada bulan September.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Universiti Malaysia Terengganu:

Dr. Juanita Joseph, Ketua Stesen Penyelidikan Penyu, Chagar Hutang, Pulau Redang

(Tel: 0199326052; email: juanita@umt.edu.my)

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

UMT telah menyertai Pameran WOW 2015 bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada 15 – 17 Jun 2015. Pameran ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dan antarabangsa akan kepentingan menjaga lautan dari semua pencemaran dan kepentingan laut kepada kehidupan manusia. Pengunjung utama adalah terdiri daripada pelajar sekolah dan kaum keluarga yang merupakan sasaran utama untuk memupuk kesedaran sejak dari usia muda lagi. Staf INOS yang terlibat dalam pameran ini ialah Mohd Zulkamal Radzi, Mohd Azam Mat Yaacob dan Che Mohd Kamarul Anuar bin Che Abdullah.

Antara agensi yang terlibat ialah:

1. UMT
2. NOD
3. PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN)
4. WWF-MALAYSIA
5. PUSAT SAINS NEGARA
6. THE MARECET RESEARCH ORGANISATION
7. JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

pameran wow 2015 KL (1)

pameran wow 2015 KL (2)

pameran wow 2015 KL (3)

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

WOW Ceramah

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=uozdzjmp2r8[/youtube]

UMT menganjurkan Program WOW@MASJID 2015 sempena World Oceans Week 2015 pada 25 Jun 2015 (Khamis) bertempat di Masjid UMT.