Delegasi Projek REVIVE – Memperkasa Komuniti dalam Pemuliharaan Bakau
Delegasi Projek REVIVE berkenaan Memperkasa Komuniti dalam Pemuliharaan Bakau telah melaksanakan misi kerja lapangan pertama di Malaysia pada 4–14 Oktober 2026, melibatkan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), University of Manchester (UoM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sepanjang misi ini, pasukan telah mengunjungi Matang Mangrove Forest Reserve (Perak), Sg. Acheh dan Sg. Chenaam (Pulau Pinang), serta Setiu Wetlands (Terengganu) bagi berinteraksi dengan komuniti dan pihak berkepentingan dalam pemuliharaan serta pengurusan ekosistem bakau.
Pasukan REVIVE turut mengadakan sesi bersama Naib Canselor UMT serta kepimpinan INOS bagi membincangkan matlamat projek dan peluang kerjasama pada masa hadapan.
Projek REVIVE, yang disokong oleh GCBC, UK, mengintegrasikan pemulihan hutan bakau dengan model ekonomi mampan bagi memastikan komuniti tempatan bukan sekadar penerima manfaat, tetapi menjadi pemain aktif dalam rantaian nilai serta menyokong matlamat iklim dan biodiversiti.
Pihak INOS mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor UMT dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Dekan FSSM serta warga UMT yang terlibat dalam menjayakan pembangunan penyelidikan bakau ini.
#UMT #Center for Marine Conservation (CMC), INOS #Mangrove #BlueCarbon #CoastalCommunity #Sustainability #NatureBasedSolutions

