VIDEO FESTIVAL OF IDEAS UMT | INOS

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menganjurkan Program Festival of Ideas (FOI) yang mengetengahkan ENAM (6) kategori iaitu Malim Sarjana, Inovasi, Pameran Maya, Forum Maya, Mentor dan Resensi Karya dari semua Universiti Awam termasuk politeknik di Malaysia. Program ini akan berlangsung pada setiap minggu pada Selasa dan Khamis bermula jam 11 pagi sehingga 12.30 tengahari.

 

Video FOI UMT dibawah kategori Malim Sarjana bertajuk “INOS MEMACU KE MASA DEPAN LAUTAN NEGARA” akan ditayangkan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 19 OGOS 2021 (KHAMIS)
Masa : 11.00 – 12.00 tengahari
Platform : foi.mohe.gov.my

 

Antara video-video FOI yang akan ditayangkan pada tarikh dan masa tersebut adalah seperti berikut:

11:00am | MALIM SARJANA | UIAM
COE – Brief Introduction to the International Institute for Halal Research and Training (INHART)

11:30AM | INOVASI | POLI/KK
The Centre for Medical Electronic Technology (CMET)

12:00PM | INOVASI | UMT
INOS MEMACU KE MASA DEPAN LAUTAN NEGARA

 

Untuk itu, adalah dijemput semua warga terutamanya warga UMT untuk menyaksikan video-video FOI pada ketetapan di atas melalui laman sesawang foi.mohe.gov.my dan berpeluang mendapat sijil penyertaan program.