MS ISO / IEC 17025

Makmal PERTAMA di UMT yang menerima pengakreditasian Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dari Jabatan Standard Malaysia, kerana mematuhi piawaian dan standard MS ISO/IEC 17025:2005, pada 09 Oktober 2014.

Pengakreditasian ini adalah hasil daripada permohonan Makmal INOS untuk mengakreditasikan kaedah-kaedah analisis di makmal berdasarkan manual kualiti dan prosedur sistem MS ISO/IEC 17025:2005 ‘General requirements for the competence of testing and calibration laboratories’ dan keperluan-keperluan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) yang berkaitan.

Pengiktirafan yang diberikan menunjukkan bahawa, Makmal INOS telah mempunyai satu sistem pengurusan kualiti makmal yang mencapai standard antarabangsa. Ianya secara tidak langsung, memberi nilai tambah kepada kelangsungan sistem pengurusan makmal di INOS khasnya dan UMT amnya.