FAQ

Bilakah INOS ditubuhkan?
INOS telah ditubukan pada 27 Mac 2001.

Di manakah lokasi INOS?
INOS terletak di dalam daerah Kuala Terengganu. Lokasinya di dalam kampus UMT amat strategik iaitu di pesisiran pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Zon Perindustrian Gong Badak, Zon Pusat Pengajian Negeri Terengganu Darul Iman. Jarak UMT dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 25 km dan 3 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Apakah misi & objektif INOS?
Untuk menubuhkan bidang penyelidikan marin untuk pembangunan di peringkat kebangsaan.
Untuk mempromosikan UMT sebagai Pusat Kecemerlangan Oseanografi Kebangsaan.
Untuk membangunkan dan memperluaskan pengetahuan Sains Marin untuk tujuan penyelidikan dan Pengajaran.
Untuk melahirkan siswazah dalam pelbagai bidang oseanografi.
Untuk menjalinkan hubungan erat dengan negara agensi lain yang juga terlibat dengan R&D sains marin.

Apakah fokus penyelidikan INOS?
Fokus penyelidikan INOS adalah Physical & Satellite Oceanography, Chemical Oceanography, Ocean Governance, Coastal Resources dan (Coral, Sea Turtle and Marine Mammals).

Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh INOS?
Kemudahan asas yang disediakan oleh INOS adalah seperti Bilik Seminar, Auditorium INOS yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa, makmal-makmal oseanografi, Bilik Bacaan dan Bilik Pelajar Siswazah.

Apakah bidang kursus pasca siswazah yang ditawarkan di INOS?

  1. Marine Biology
  2. Biosystematics
  3. Phycology
  4. Mangrove Study
  5. Oceanography/ Marine Science
  6. Marine Pollution
  7. Coastal Zone Management
  8. Aquatic Resources
  9. Aquatic Toxicology
  10. Remote Sensing & GIS
  11. Coastal Processes
  12. Coastal Resource Management
  13. Environmental Toxicology
  14. Fisheries Acoustic
  15. Mangrove Management & Ecology
  16. Marine Geochemistry
  17. Marine Geology

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Pusat Pengajian Siswazah.

Bahasa pengantar utama yang digunakan di UMT?
Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak INOS?
Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Nerus
Terengganu, MALAYSIA
Tel : +609-6683195
Faks : +609-6692166