Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) mengadakan Program Kepemimpinan Alam Sekitar dan Sains Marin Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2019 bersama dengan Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) pada 14-18 Julai 2019 bertempat di UMT dan Stesen Penyelidikan Bidong.

Seramai 138 orang pelajar dan 20 orang guru mengikuti program ini. Beberapa staf INOS telah dijemput sebagai penunjuk ajar bagi program tersebut.