Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan (RRC), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT telah menganjurkan ceramah umum (public lecture) yang disampaikan oleh Professor Pelawat PPSMS, Prof Dr Pat Hutchings pada 18 Julai 2019. Butiran mengenai syarahan adalah seperti berikut:
Tarikh: 18 Julai 2019 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Auditorium INOS

Tajuk syarahan: The wonderful world of seaworms and the future of marine research in a changing world.

Professor Pat Hutchings adalah Felo Kanan, Australian Museum Research Institute, Sydney, Australia. Beliau merupakan seorang pakar taksonomi dan ekologi (hakisan bio – bioerosion) dan telah menjumpai lebih dari 100 spesies dalam tempoh 10 tahun. Beliau juga merupakan polychaete editor untuk Zootaxa dan salah seorang dari Chief Editor kepada Marine Pollution Bulletin.