Makmal INOS telah selesai menjalani Audit Dalam bagi proses penukaran Sistem Pengurusan Kualiti Makmal MS ISO/IEC 17025:2005 kepada MS ISO/IEC 17025:2017 oleh 2 orang auditor dari Jabatan Kimia Cawangan Terengganu iaitu En. Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd Kamil dan Pn. Nordiana binti Salleh . Hasil daripada audit tersebut Makmal INOS telah mendapat 2 ketidakpatuhan kategori 3 (minor) dan 1 kategori Observation.

Pihak Makmal INOS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang proses audit tersebut.

27 Mei 2019 | Isnin