INOS telah melabuhkan Boya Oseanografi kedua pada 28 Julai 2015 di perairan Pulau Tenggol, Dungun Terengganu.  Kerja-kerja ini telah disertai oleh Ketua Projek iaitu Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir dibantu oleh Dr. Azizi Ali (Pegawai Penyelidik INOS), En. Fathy Kameel Mohd Fadzil (Pegawai Sains INOS), En. Mohd Azam bin Mat Yaacob (Pegawai Sains INOS), En Roslan bin Latif (Pegawai Sains INOS) dan 3 pelajar praktikal dari UiTM Arau dan UKM.

Boya pertama sebelum ini telah berjaya dilabuhkan di perairan Kuala Terengganu dan di Dungun ini adalah kesinambungan kepada projek boya yang pertama. Boya-boya ini diikat pada tapak konkrit dan dilabuhkan secara bersama dengan boya osenografi. Sensor-sensor pula diikat dengan kemas di kabel supaya ia tidak mudah tertanggal atau tersangkut pada pukat-pukat tunda nelayan. Pemasangan boya di Dungun ini agak suakr sedikit kerana arus dan ombak yang sangat kuat di perairan Pulau Tenggol.

INOS berharap kedua-dua boya ini akan memudahkan UMT memahami dengan lebih mendalam perubahan suhu, arus dan pasang surut di kedua-dua perairan untuk lebih  memahami proses “upwelling” yang berlaku.

 

 

inos monitoring buoy dungun (2)

 

inos monitoring buoy dungun (3)

 

inos monitoring buoy dungun (1)

 

 

[youtube height=”360″ width=”516″]https://www.youtube.com/watch?v=DbVp4k2hNOI[/youtube]