19
JUN
2015

Paleo-climate investigation in holocene sediment in South China Sea (UMT- ECU 2015)

Paleo-climate investigation in holocene sediment in South China Sea (UMT- ECU 2015)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan East Carolina University (ECU) telah lama bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan secara bersama.  Sesi kali ini juga diketuai oleh Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili, penyelidik dari Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) yang melibatkan beberapa Pegawai Sains INOS dan pelajar pasca siswazah INOS. Manakala ECU diketuai oleh Dr Stephen J. Culver dari dan 2 pelajar Master beliau.

Penyampelan kali ini menggunakan bot Discovery II yang meliputi pelayaran 20 hingga 56 batu nautika dari pesisir pantai Kuala Terengganu selama 3 hari iaitu dari 15 hingga 17 Jun 2015.  Lokasi paling jauh berhampiran dengan platform minyak Resak. Peralatan saintifik yang digunakan adalah Gravity Corer, Multiparameter CTD dan Smith & McIntyre Grab.

Secara umumnya, misi kali ini bertujuan mengkaji kuala asal Sungai Terengganu sekitar 12,000 tahun dahulu. Sebanyak 10 sampel ‘core’ dibawa balik untuk kajian seterusnya di makmal. Sampel-sampel ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar siswazah INOS untuk terlibat sama dengan penyelidikan antara UMT dan ECU ini.

UMT-ECU 2015

gravity corerUMT-ECU 20152UMT-ECU 20153

DCIM100GOPROG0020446.

DCIM100GOPROG0010443.