Komunikasi mengenai Sains Lautan dengan pelajar sekolah.

Salah satu cabaran yang paling besar untuk ahli sains muda terutamanya yang bekerja dalam persekitaran oseanografi adalah keperluan untuk terus melibatkan orang ramai dan keberkesanan dalam menyebarkan maklumat. Isu-isu alam sekitar penting kerana ia boleh mencapai tahap kritikal dan kompleks kepada persekitaran lautan kita sekarang. Kita perlu belajar untuk bercakap dan menyebarkan pengetahuan ini kepada orang ramai, khususnya kepada pelajar sekolah.

INOS melalui program Tropimundo bersama kesemua 16 pelajar dari Eropah hari ini telah mengunjungi SK IPG Kuala Terengganu untuk berkongsi pengetahuan mengenai ‘Ocean Garbage Patch’. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan melakukan pembentangan pendek serta beberapa aktiviti dengan pelajar darjah 4 dan 5.

Salah seorang pendidik SK IPG berpendapat program ini adalah sangat menarik untuk dikongsi pengetahuan dengan pelajar. Program ini yang menghimpunkan beberapa wakil dari negara yang berbeza membuatkan acara ini sangat berbeza dan menarik. Sebenarnya, tidak ramai yang benar-benar tahu isu-isu alam sekitar yang berlaku di persekitaran lautan. Jadi, hari ini pelajar sekolah dapat memahami bagaimana sampah-sarap yang dibuang akhirnya akan hanyut ke lautan dan boleh membunuh penyu, ikan dan juga burung.

INOS komited dalam menyebarkan ilmu sains laut kepada orang ramai. Isu lautan biasanya bermula daripada daratan disebabkan oleh perbuatan manusia. Penyampaian kesedaran kepada orang ramai berkenaan cabaran yang dihadapi di lautan dan isu penyelesaian masalah tersebut adalah menjadi tanggungjawab INOS secara berterusan.

Tropimundo UMT1

Tropimundo UMT3

Tropimundo UMT2

Tropimundo UMT5

Tropimundo UMT4

Tropimundo UMT6

Tropimundo UMT7

Tropimundo UMT8

 

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=ivpNCJ6Gnu8[/youtube]

 

[youtube height=”315″ width=”560″]https://www.youtube.com/watch?v=NiU7LjuEJL8[/youtube]