Pertandingan Lukisan & Pertandingan Video 1 Minit
Sempena ‘World Oceans Week’ (WOW) Peringkat UMT 2020

TEMA PERTANDINGAN: Kita Jaga Laut Kita

HADIAH TUNAI (Pertandingan Lukisan)

Tempat Pertama : RM150 beserta sijil
Tempat Kedua : RM100 beserta sijil
Tempat Ketiga : RM75 beserta sijil

HADIAH TUNAI (Pertandingan Video 1 Minit)

Tempat Pertama : RM250 beserta sijil
Tempat Kedua : RM200 beserta sijil
Tempat Ketiga : RM150 beserta sijil

Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan elektronik (e-sijil)

Tarikh Tutup Penyertaan: 10 Jun 2020, 11:59 malam.

Kategori Peserta:
a. Warga UMT= Staff, ahli keluarga dan pelajar (prasiswazah dan pascasiswazah)- #wargaumt
b. Terbuka (selain dari Warga UMT) – #terbuka

Syarat Khusus:

Pertandingan Lukisan
1. Saiz Lukisan A3
2. Boleh menggunakan bahan lukisan pelbagai (cat air, minyak dan sebagainya)
3. Penggunaan applikasi/perisian untuk lakaran dan mewarna TIDAK DIBENARKAN.
5. Pemenang dikehendaki menghantar lukisan sebenar sebagai bukti sebelum hadiah diberikan.

Pertandingan Video 1 minit
1. Memasukkan frasa ‘Kita Jaga Laut Kita’ dan Universiti Malaysia Terengganu dalam video
2. Tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik

Lukisan siap yang telah didigitalkan (menggunakan scanner atau kamera digital) dan Video Pendek perlulah dimuatnaik ke akaun Facebook atau Instagram peribadi peserta. Peserta juga perlu tag Institut Oseanografi dan Sekitaran – INOS UMT (FB) atau inos_umt (Instagram) serta meletakkan tanda pagar berikut:
#wow2020umt
#worldoceansweek
#worldoceansweek2020
#wargaumt (peserta daripada kalangan warga UMT) ATAU
#terbuka (bagi peserta dari masyarakat luar)

Peserta juga hendaklah ‘like’ FB Institut Oseanografi dan Sekitaran – INOS UMT dan Instagram inos_umt.

@Institut Oseanografi dan Sekitaran – INOS UMT
@inos_umt
#wow2020umt
#worldoceansweek
#worldoceansweek2020

*Warga INOS (Staf, ahli keluarga dan pelajar) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.