LATAR BELAKANG

Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut (FIK MTL) ialah program tahunan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang diselaraskan oleh Pusat Iklim Nasional, MET Malaysia. FIK MTL merupakan platform  penyaluran maklumat mengenai keadaan cuaca dan iklim, khususnya Monsun Timur Laut, yang memberi kesan kepada kehidupan harian masyarakat termasuk sosio ekonomi negara. Kumpulan sasaran FIK MTL adalah agensi pengurusan bencana pusat, negeri dan daerah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), para akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Semenjak mula dianjurkan iaitu pada 2011, FIK MTL telah mendapat sambutan yang menggalakkan setiap tahun di kalangan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, universiti dan pelbagai sektor lain yang peka terhadap cuaca dan iklim. Tema FIK MTL 2019/2020 ialah ‘Monsun Timur Laut, Pakat Cakna’.

 

OBJEKTIF FIK MTL

  1. Menyampaikan maklumat serta pengetahuan kepada agensi pengurusan bencana dan orang awam mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh MET Malaysia, khususnya mengenai maklumat cuaca dan iklim serta bencana semasa Monsun Timur Laut 2019/2020.
  2. Menyebarkan maklumat kepada orang awam mengenai peranan dan tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi – agensi lain yang terlibat dengan pengurusan bencana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  3. Memberi  kesedaran  awam  melalui penerangan mengenai maklumat, nasihat dan amaran cuaca serta angin kencang dan laut bergelora, risiko bencana banjir, dan kesan perubahan iklim terhadap cuaca di negara ini untuk membantu komuniti dan agensi-agensi pengurusan bencana agar bersiapsiaga bagi menghadapi monsun timur laut.
  4. Memberi pengetahuan dan panduan kepada masyarakat mengenai prosedur tetap operasi yang digunapakai sekiranya berlaku bencana banjir agar masyarakat sentiasa bersiapsiaga.

 

TARIKH DAN LOKASI FIK MTL 2019/2020

 Tarikh FIK MTL 2019/2020 pada 1 Oktober 2019 (Selasa) bersamaan 2 Safar 1441H.  Lokasi penganjuran FIK MTL 2019/2020 ialah di Auditorium Kompleks Penyelidikan INOS dan Akuatrop, INOS, UMT, Kuala Terengganu. Kerjasama yang melibatkan MET Malaysia dan UMT telah terjalin semenjak tahun 2017 dalam pembinaan projek Ocean Forecasting System (OFS) di bawah tajaan dana dari Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Sinergi kerjasama ini berpaksi kepada kepakaran UMT dalam bidang oseanografi dan peranan MET Malaysia dalam bidang operasi ramalan cuaca dalam menghasilkan sebuah sistem dan aplikasi ramalan lautan yang meliputi kawsan perairan Malaysia. Pada tanggal 25 Januari 2019, satu Memorandum of Agreement (MOA) telah ditandatangai oleh UMT dan MET Malaysia.

Objektif utama MOA ini adalah untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat dimanfaatkan untuk membantu sebaran maklumat yang lebih berkesan, agar persediaan melibatkan bencana pesisir pantai seperti ribut dapat disalurkan dengan lebih baik. Ini sekaligus memberi kesan kepada komuniti berhampiran dengan laut serta agensi kerajaan dan pihak berkuasa dalam membuat polisi dan keputusan yang lebih berkesan di masa hadapan. Lokasi penganjuran FIK MTL 2019/2020 pada kali ini diadakan di negeri Terengganu adalah kerana negeri Terengganu merupakan kawasan yang berisiko tinggi dilanda musibah ribut banjir. Ini terbukti pada Januari 2019, beberapa kawasan pantai di negeri Terengganu telah terjejas akibat Ribut Pabuk yang membawa angin berkelajuan 50km/j.  Sehubungan itu, penganjuran bersama ini akan memberi manfaat kepada MET Malaysia dan UMT dalam mengoptimumkan perkongsian maklumat, khususnya berkaitan cuaca dan iklim.


BUKU PROGRAM


PERTANDINGAN “IDOLA PENYAMPAI CUACA”

FORUM IKLIM KEBANGSAAN MONSUN TIMUR LAUT 2019/2020

01 OKTOBER 2019 (SELASA) , AUDITORIUM INOS (UMT)

 

NO. NAMA PESERTA NO. MATRIK PROGRAM PENGAJIAN FAKULTI
1. NURUL NADIA BINTI RUHANI S46749 SAINS BIOLOGI FSSM
2. NURSYARAFANA BINTI MOHD ZASHAHIDIN S46199 EKONOMI SUMBER ALAM FPEPS
3. KU NUR AININ SOFIYA BINTI KU ZAINON ABIDIN S50977 PENGAJIAN POLISI FPEPS
4. AFIQAH BINTI WARIS S51797 KEJURUTERAAN PERISIAN FTKKI
5. SITI NUR ATIQ’KAH BINTI AWANG NORDIN S54976 GEOSAINS MARIN FSSM
6. INTAN SHAHIZATI BINTI MOHD ROZA S55858 SAINS BIOLOGI FSSM
7. NAAKSHECTRA A/P NADARAJAN S56159 SAINS KIMIA FSSM
8. AIDA NASUHA BINTI MAT S52038 PENGURUSAN MARITIM FPM
9. MUHAMAD AZRUL NIZAM BIN NORDIN S50535 PERIKANAN FPSM
10. NUR RASYIDAH BINTI RAMLI S47326 SAINS KIMIA FSSM
11. SITI NUR ZUHAIRAH BINTI MOHD RAZALI S47514 SAINS KOMPUTER DENGAN INFORMATIK MARITIM FTKKI
12. MUHAMMAD FIRDAUS SAUFI BIN MAT ISA S44658 KAUNSELING FPEPS
13. MOHAMAD DANIEL HAIQAL BIN MOHAMAD OMAR S42180 KAUNSELING FPEPS
14. NUR DINY NADHIRAH BINTI MOHD RAFI S50255 PERAKAUNAN FPEPS
15. MUHAMMAD SHAUQI BIN ABD HALIM S47072 EKONOMI SUMBER ALAM FPEPS
16. NUR AININ SOFIYA BINTI FAKRULZAMAN S51374 BIOLOGI MARIN FSSM
17. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHMAN S54182 PERAKAUNAN FPEPS
18. MOHAMAD HILMI BIN ABD HALIM S54156 TEKNOLOGI MARITIM FTKKI
19. SYATIRAH HUSNA BINTI MOHD NASIR S44184 KAUNSELING FPEPS
20. MUHAMMAD HAFIZIN JAMIL BIN YUSOF S42503 MATEMATIK KEWANGAN FTKKI