15
SEP
2019

En. Kok Poh Heng baru sahaja menghabiskan sesi latihan di Oceans Graduate School & The UWA Oceans Institute, The University of Western Australia (UWA), Australia selama 3 bulan

Pelajar Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), En. Kok Poh Heng baru sahaja menghabiskan sesi latihan di Oceans Graduate School & The UWA Oceans Institute, The University of Western Australia (UWA), Australia selama 3 bulan. Tujuan latihan tersebut adalah untuk memahami “upwelling” di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah pemodelan. Kajian “upwelling” dikatakan sebagai proses yang sangat penting kerana kawasan kawasan “upwelling” sentiasa menjadi tempat tumpuan untuk pemakanan dan pembiakan bagi hidupan laut. Oleh itu, lokasi “upwelling” memainkan peranan penting dalam industri perikanan dan sekaligus dapat menyumbangkan kepada ekonomi negara.

Kajian yang dijalankan ini selaras dengan matlamat utama UMT untuk menjadi tumpuan bagi kajian sains samudera dengan motto “Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat”.